Kali ni nak share kebaikan Mineral Coffee.
Dah setahun jadi pengguna tegar Mineral Coffee ni..memang sentiasa perlu ada bekalan untuk ke mana mana pun..even di opis pun dalam loker mesti ada stok untuk kopi terlajak laris ni.
Apa tu Mineral Coffee eh...pernah dengar tapi tak sure apa kebenda tu kan...
Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.
Siapa boleh minum???
Pesakit darah tinggi - membantu mengawal tekanan darah supaya lebih stabil. Ini dikongsikan oleh seorang pesakit darah tinggi yang menyemak tekanan darah beliau sebelum dan seminggu selepas minum mineral coffee. Mineral coffee bertindak sebagai agen penenang bagi kita.
Pesakit imsomnia - kebiasaannya pesakit imsomnia ini antara lain masalahnya ialah kerana kalsium tidak diserap dengan baik oleh badannya, maka badan mereka masih cergas dan tidak tenang untuk proses tidur. Kandungan Magnesium di dalam Mineral Coffee tadi membantu penyerapan kalsium berjalan dengan lebih baik, seterusnya badan akan beransur tenang dan dapat tidur dengan baik.
Pesakit migrain - pada sesiapa yang biasa menghadapi migrain ketika berpuasa, boleh minum mineral coffee ketika sahur. Elemen Garam Buluh tadi akan membantu melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan migrain dan sakit kepala lain.
Pesakit kencing manis - Garam Buluh tadi membantu dalam menyeimbangkan gula dalam darah dengan adanya chlorogenic acid tadi. Pesakit juga harus mengambilkira segi nasihat doktor.
Pesakit yang mempunyai HB rendah - Contohnya ibu mengandung yang mempunyai HB yang rendah boleh cuba minum mineral coffee. Magnesium di dalam mineral coffee juga boleh meningkatkan jumlah darah ke paras yang sihat.