Friday, October 2, 2015

MINERAL COFFEE

Bismillah...
Kali ni  nak share kebaikan Mineral Coffee.
Dah setahun jadi pengguna tegar Mineral Coffee ni..memang sentiasa perlu ada bekalan untuk ke mana mana pun..even di opis pun dalam loker mesti ada stok untuk kopi terlajak laris ni.

Apa tu Mineral Coffee eh...pernah dengar tapi tak sure apa kebenda tu kan...


Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.

Siapa boleh minum???

Pesakit darah tinggi - membantu mengawal tekanan darah supaya lebih stabil. Ini dikongsikan oleh seorang pesakit darah tinggi yang menyemak tekanan darah beliau sebelum dan seminggu selepas minum mineral coffee. Mineral coffee bertindak sebagai agen penenang bagi kita.

Pesakit imsomnia - kebiasaannya pesakit imsomnia ini antara lain masalahnya ialah kerana kalsium tidak diserap dengan baik oleh badannya, maka badan mereka masih cergas dan tidak tenang untuk proses tidur. Kandungan Magnesium di dalam Mineral Coffee tadi membantu penyerapan kalsium berjalan dengan lebih baik, seterusnya badan akan beransur tenang dan dapat tidur dengan baik.

Pesakit migrain - pada sesiapa yang biasa menghadapi migrain ketika berpuasa, boleh minum mineral coffee ketika sahur. Elemen Garam Buluh tadi akan membantu melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan migrain dan sakit kepala lain.

Pesakit kencing manis - Garam Buluh  tadi membantu dalam menyeimbangkan gula dalam darah dengan adanya chlorogenic acid tadi.  Pesakit juga harus mengambilkira segi nasihat doktor.

Pesakit yang mempunyai HB rendah - Contohnya ibu mengandung yang mempunyai HB yang rendah boleh cuba minum mineral coffee. Magnesium di dalam mineral coffee juga boleh meningkatkan jumlah darah ke paras yang sihat.



Tuesday, August 23, 2011

Kenangan ku bersamamu Amirul Hafiz

Bismillahhirrahmanirrohim...

Ada banyak perkara yang aku fikirkan tatkala ini...sekarang aku dah pun bergelar ibu..seronok juga dapat title ibu ni...alhamdulillah...rasa bahagia teramat sangat kerana doaku dan suami untuk menimang cahaya mata akhirnya dimakbulkan Tuhan. Dalam tempoh mengandung, aku tiada sebarang masalah..syukur pada Nya..namun di saat kelahiran, dugaan ku terima amat menakutkan..setelah hampir sejam berhempas pulas mencuba untuk bersalin secara normal, akhirnya aku terpaksa dibedah..saat itu, aku hanya berserah diri pada Allah dengan kemungkinan yang bakal ku hadapi, di saat aku ditolak ke bilik bedah, aku lihat kedua ibu bapa ku di pintu menanti aku seterusnya aku nampak suami pula menghampiriku dan mendapatkan ku...aku sedih campur terharu melihat mereka semua, ku cuma berharap aku dipanjangkan usia agar dapat aku terus bersama mereka semua dan agar aku dapat menjadi seorang ibu untuk pertama kali ini.
Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar..aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan hensem...seberat 3.3 kg secara pembedahan..hari kedua, bayi ku di hantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Seawal pagi aku mendapat panggilan dari doktor mengesahkan hal itu, tika itu, aku ibarat tiada daya upaya mendengarkan perkhabaran itu...aku tak mampu untuk berdiri sekalipun kerana kesakitan masih terasa..Sedih bila mengenangkan aku tak sempat memberi setitis air susu ini...aku di bantu kakak ku, untuk bangun dan melihat wajah anak ku..itulah kali pertama aku melihat wajahnya...dalam hati ku terdetik, Ya Allah..comel sungguh anak ku..alhamdulillah Ya Allah...namun di hati ku juga terdetik kesedihan mengapa perlu di hantar ke HKT.
Selama hampir 20 hari, hidupku kosong tanpa tangis bayiku...byk yang perlu dilalui anakkku dengan usia nye yang baru beberapa hari ini..hanya dapat ku berdoa dari jauh agar dipanjangkan usianya..

kini, aku telah pun melepasi 45 hari pada tarikh hari ini...dan anakku kini di samping ku walaupun masih byk rawatan yang perlu di laluinya nanti...insyaallah rawatan susulan di HKL. Aku merasa sangat kasian untuk memberi jagaan sementara pada orang nanti sementara aku bekerja ..risau keadaan bayi ku..bagaimana mereka boleh menjaga anakku dengan sebaiknye...aku harap tiada yang negatif...

Monday, August 22, 2011

Popia nestum

jumi: Popia nestum: Popia nestum Dulu aku sekadar suka-suka sahaja untuk buat jualan popia nestum ni. Sekadar nak tambah duit saku. Yelah..zaman berubah sekara...

Monday, October 11, 2010

Popia nestum

Popia nestum
Dulu aku sekadar suka-suka sahaja untuk buat jualan popia nestum ni. Sekadar nak tambah duit saku. Yelah..zaman berubah sekarang..bergerak sikit je, duit keluar..melangkah selangkah je...duit kuar...huhuuu..walau apapun semuanya memang perlukan duit. Seronok juga masa mula mula cuba buat popia ni dulu. Banyak pengalaman pahit dan manis sewaktu aku memproses popia nestum ni..hmmm...
apapun, aku bersyukur Tuhan kerana limpahan rezeki yang Kau berikan pada kami.

Cara nak memproses popia nestum ni juga mudah sangat, cuma perlukan semangat yang kental sahaja untuk menggulung popia. apa sahaja..perlukan kesabaran.

La ni..setiap minggu pasti ada tempahan popia nestum ni..walaupun bukan buat hari-hari, tapi rezeki popia nestum ni tak pernah putus-putus. Alhamdulillah sangat atas semangat kuat suami tercinta yang banyak berkorban apa sahaja demi popia nestum. Bila pikir balik sebenarnya Popia Nestum ni lah yang telah mengeratkan hubungan kami suami isteri...alhamdulillah...

buat suami tersayang, semoga kita kekal ke hujung nyawa.

oopppsssssss....tersasar sudah.....yang penting tajuknya tak lari dari asal..POPIA NESTUMMMM....yummmmy yummy.....

Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita? iluvislam.com + discover the beauty of islam
kekadang rasa tak faham dengan keadaan sekeliling..sekejap ok, sekejap tak faham dengan apa yang terjadi..pening kepala aku nak pikir semua ni...adakalanya benda nye terlalu simple tapi dilihat sebagai sesuatu yang amat sukar dan menekan jiwa...ya allah...permudahkan la segala urusan hidup kami sekeluarga..

Sunday, October 10, 2010

Nilai sebuah kebahagiaan

Apa yang menarik dalam hidup ini ialah apabila kita sentiasa disayangi oleh orang yang kita sayang. Setiap apa yang kita laksanakan segalanya akan tersebut namanya walau tidak kedengaran namun tetap sentiasa bersemi di hati. Setiap langkah perjalanan ini juga pastinya akan terucap hanya untuknya. Namun kadangkala ianya tak terperasan pun dek kesibukan setiap hari. Adakalanya kita bukan sengaja untuk melukakan hatinya, tapi dengan hanya melihat tindakan, pasti ada hati yang terguris. Segalanya sukar untuk diungkapkan. Sebenarnya begitulah yang berlaku dalam kehidupan ini. Sukar mengucapkan ucapan sayang, maafkan saya, saya tak sengaja, dan sebagainya. Bukan tak wujud dalam hati perasaan bersalah itu, tapi mulut amat berat untuk menyatakan ucapan itu, bukan? Alam rumahtangga bukanlah untuk sehari dua, sebaliknya untuk selama-lamanya..ke akhir hayat. pastinya dalam mengharungi bahtera rumahtangga amat banyak dugaan dan cabaran yang memerlukan keimanan, kebijakan dan kepintaran dalam menghadapi setiap situasi. Sebab itu, isteri juga perlu ada ilmu untuk mengatasi sebarang kemungkinan. yang paling penting kekuatan iman perlu kukuh,kerana keimanan itu boleh mengawal sebarang tindakan negatif yang mungkin akan berlaku tanpa kita sedari. Sesungguhnya, suami itu sangat diperlukan di saat gembira mahupun duka. tiada lagi tempat seorang isteri selain di sisi seorang suami. Dan sesungguhnya suami perlu memahami isteri dan begitulah jua isteri memahami suaminya. Insyaallah kehidupan berumahtangga akan kekal utuh ke akhir hayat yang ada.