Monday, October 11, 2010

Popia nestum

Popia nestum
Dulu aku sekadar suka-suka sahaja untuk buat jualan popia nestum ni. Sekadar nak tambah duit saku. Yelah..zaman berubah sekarang..bergerak sikit je, duit keluar..melangkah selangkah je...duit kuar...huhuuu..walau apapun semuanya memang perlukan duit. Seronok juga masa mula mula cuba buat popia ni dulu. Banyak pengalaman pahit dan manis sewaktu aku memproses popia nestum ni..hmmm...
apapun, aku bersyukur Tuhan kerana limpahan rezeki yang Kau berikan pada kami.

Cara nak memproses popia nestum ni juga mudah sangat, cuma perlukan semangat yang kental sahaja untuk menggulung popia. apa sahaja..perlukan kesabaran.

La ni..setiap minggu pasti ada tempahan popia nestum ni..walaupun bukan buat hari-hari, tapi rezeki popia nestum ni tak pernah putus-putus. Alhamdulillah sangat atas semangat kuat suami tercinta yang banyak berkorban apa sahaja demi popia nestum. Bila pikir balik sebenarnya Popia Nestum ni lah yang telah mengeratkan hubungan kami suami isteri...alhamdulillah...

buat suami tersayang, semoga kita kekal ke hujung nyawa.

oopppsssssss....tersasar sudah.....yang penting tajuknya tak lari dari asal..POPIA NESTUMMMM....yummmmy yummy.....

No comments:

Post a Comment