Sunday, October 10, 2010
Nilai sebuah kebahagiaan
Apa yang menarik dalam hidup ini ialah apabila kita sentiasa disayangi oleh orang yang kita sayang. Setiap apa yang kita laksanakan segalanya akan tersebut namanya walau tidak kedengaran namun tetap sentiasa bersemi di hati. Setiap langkah perjalanan ini juga pastinya akan terucap hanya untuknya. Namun kadangkala ianya tak terperasan pun dek kesibukan setiap hari. Adakalanya kita bukan sengaja untuk melukakan hatinya, tapi dengan hanya melihat tindakan, pasti ada hati yang terguris. Segalanya sukar untuk diungkapkan. Sebenarnya begitulah yang berlaku dalam kehidupan ini. Sukar mengucapkan ucapan sayang, maafkan saya, saya tak sengaja, dan sebagainya. Bukan tak wujud dalam hati perasaan bersalah itu, tapi mulut amat berat untuk menyatakan ucapan itu, bukan? Alam rumahtangga bukanlah untuk sehari dua, sebaliknya untuk selama-lamanya..ke akhir hayat. pastinya dalam mengharungi bahtera rumahtangga amat banyak dugaan dan cabaran yang memerlukan keimanan, kebijakan dan kepintaran dalam menghadapi setiap situasi. Sebab itu, isteri juga perlu ada ilmu untuk mengatasi sebarang kemungkinan. yang paling penting kekuatan iman perlu kukuh,kerana keimanan itu boleh mengawal sebarang tindakan negatif yang mungkin akan berlaku tanpa kita sedari. Sesungguhnya, suami itu sangat diperlukan di saat gembira mahupun duka. tiada lagi tempat seorang isteri selain di sisi seorang suami. Dan sesungguhnya suami perlu memahami isteri dan begitulah jua isteri memahami suaminya. Insyaallah kehidupan berumahtangga akan kekal utuh ke akhir hayat yang ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment