Popia nestum
Dulu aku sekadar suka-suka sahaja untuk buat jualan popia nestum ni. Sekadar nak tambah duit saku. Yelah..zaman berubah sekarang..bergerak sikit je, duit keluar..melangkah selangkah je...duit kuar...huhuuu..walau apapun semuanya memang perlukan duit. Seronok juga masa mula mula cuba buat popia ni dulu. Banyak pengalaman pahit dan manis sewaktu aku memproses popia nestum ni..hmmm...
apapun, aku bersyukur Tuhan kerana limpahan rezeki yang Kau berikan pada kami.
Cara nak memproses popia nestum ni juga mudah sangat, cuma perlukan semangat yang kental sahaja untuk menggulung popia. apa sahaja..perlukan kesabaran.
La ni..setiap minggu pasti ada tempahan popia nestum ni..walaupun bukan buat hari-hari, tapi rezeki popia nestum ni tak pernah putus-putus. Alhamdulillah sangat atas semangat kuat suami tercinta yang banyak berkorban apa sahaja demi popia nestum. Bila pikir balik sebenarnya Popia Nestum ni lah yang telah mengeratkan hubungan kami suami isteri...alhamdulillah...
buat suami tersayang, semoga kita kekal ke hujung nyawa.
oopppsssssss....tersasar sudah.....yang penting tajuknya tak lari dari asal..POPIA NESTUMMMM....yummmmy yummy.....
Monday, October 11, 2010
kekadang rasa tak faham dengan keadaan sekeliling..sekejap ok, sekejap tak faham dengan apa yang terjadi..pening kepala aku nak pikir semua ni...adakalanya benda nye terlalu simple tapi dilihat sebagai sesuatu yang amat sukar dan menekan jiwa...ya allah...permudahkan la segala urusan hidup kami sekeluarga..
Sunday, October 10, 2010
Nilai sebuah kebahagiaan
Apa yang menarik dalam hidup ini ialah apabila kita sentiasa disayangi oleh orang yang kita sayang. Setiap apa yang kita laksanakan segalanya akan tersebut namanya walau tidak kedengaran namun tetap sentiasa bersemi di hati. Setiap langkah perjalanan ini juga pastinya akan terucap hanya untuknya. Namun kadangkala ianya tak terperasan pun dek kesibukan setiap hari. Adakalanya kita bukan sengaja untuk melukakan hatinya, tapi dengan hanya melihat tindakan, pasti ada hati yang terguris. Segalanya sukar untuk diungkapkan. Sebenarnya begitulah yang berlaku dalam kehidupan ini. Sukar mengucapkan ucapan sayang, maafkan saya, saya tak sengaja, dan sebagainya. Bukan tak wujud dalam hati perasaan bersalah itu, tapi mulut amat berat untuk menyatakan ucapan itu, bukan? Alam rumahtangga bukanlah untuk sehari dua, sebaliknya untuk selama-lamanya..ke akhir hayat. pastinya dalam mengharungi bahtera rumahtangga amat banyak dugaan dan cabaran yang memerlukan keimanan, kebijakan dan kepintaran dalam menghadapi setiap situasi. Sebab itu, isteri juga perlu ada ilmu untuk mengatasi sebarang kemungkinan. yang paling penting kekuatan iman perlu kukuh,kerana keimanan itu boleh mengawal sebarang tindakan negatif yang mungkin akan berlaku tanpa kita sedari. Sesungguhnya, suami itu sangat diperlukan di saat gembira mahupun duka. tiada lagi tempat seorang isteri selain di sisi seorang suami. Dan sesungguhnya suami perlu memahami isteri dan begitulah jua isteri memahami suaminya. Insyaallah kehidupan berumahtangga akan kekal utuh ke akhir hayat yang ada.
Saturday, October 9, 2010
lada dan cili
ibarat cili dan lada hitam..keduanya punya rasa pedas yang pedas..begitulah hidup ni...mcm perencah yang ada di dapur masak kita...adakalanya hidup ni indah tak terkata..adakalanya..hidup ni terlalu perit untuk diteruskan...
sungai yang indah ini benar2-benar membuat hatiku terpanggil untuk pulang ke kampung...kerinduan yang tak tebendung tatkala ini..teringin dibelai manja ibu...saat hati tidak tenteram..kampung halaman aku rindukan.
sungai yang indah ini benar2-benar membuat hatiku terpanggil untuk pulang ke kampung...kerinduan yang tak tebendung tatkala ini..teringin dibelai manja ibu...saat hati tidak tenteram..kampung halaman aku rindukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)